Dusun Buku

Pengenalan
Diasaskan oleh Encik Mokhtar Yusof, 57, dari Kampung Dusun, Kuala, Ibai. Berbekalkan minat yang mendalam terhadap buku serta naluri seorang guru, beliau telah mengilhamkan untuk membina sebuah perpustakaan berukuran 30 kaki x 22 kaki dan menempatkan kira-kira 6,000 buah koleksi buku. Perpustakaan ini diberi nama DUSUN BUKU bersempena dengan nama Kampung Dusun, Kuala Ibai, Kuala Terengganu. 80% daripada bahan bacaan yang terdapat di DUSUN BUKU adalah milik beliau yang di beli / dikumpul sejak tahun 1973.

Lokasi
Lot. 604 , Lorong Tok Payung , 
Kampung Dusun , Kuala Ibai ,
20400 Kuala Terengganu
( di belakang Restoran Nurul Islamiah )

No Tel : 019-9341955


Huraian
Dusun buku adalah perpustakaan persendirian yang di buka kepada orang ramai khususnya kanak-kanak dan golongan remaja.


Tujuan
1.Menggalakkan kegemaran membaca di kalangan masyarakat.

2.Menanamkan sifat mencintai buku dan ilmu melalui pembacaan seawal usia kanak-kanak.

3.Menjalinkan kerjasama sesama anggota masyarakat dan komuniti melalui aktiviti "Bersama Membaca".


Waktu Operasi
Mula Operasi : 01-04-2010

Ahad - Rabu  : 2.00p.m  - 6.00 p.m

Jumaat - Sabtu / Cuti Umum : 9.00a.m - 6.00a.m


Caj
Tiada sebarang caj dikenakan kepada pengguna.



Sumbangan
Mengalu-alukan sumbangan buku-buku terpakai daipada orang ramai khasnya.